La ni jiha nak update story tentang ahli baru dalam keluarga...
Seorang ANAK... ye ANAK..
Seorang Anak Angkat...
Begini ceritanya...
Permohonan di isi pada bulan September 2015... Mendapat panggilan pada Bulan Disember mengatakan permohonan diterima...
Pada Bulan Februari mendapat panggilan daripada JKM HQ mengatakan kepada KAMI bahawa ada tawaran seorang ANAK PELIHARA...
Sangat sangat teruja...
Membuat keputusan untuk mengambil... namanya ISMAIL...
Tarikh keramat 13.3.2016 pergi mengambil ISMAIL... mengalir air mata di pipi melihat betapa naifnya kanak kanak ini... Melohat betapa dia memerlukan kasih sayang seorang ibu dan dan abah...
Tangan dihulur disambut dengan penuh kemesraan sekali lagi air mata ku mengalir...
ALLAH besar sungguh hadiahMU....
Dan sehingga kini kami dah menjaga ISMAIL atau namanya kini Muhammad Mikhail Firdaus!!!
Aku dan Mikhail
Di sini aku ajar cara cara memohon pada yang berminat!
1. Isi secara online borang permohonan anak pelihara, isi di sini http://anak.jkm.gov.my/paponline/index.php?menu=info
2. Tunggu panggilan temuduga dari JKM terdekat dengan anda ,Dalam kes Jiha Daerah Kulai atau Kota Tinggi.
3. Usai temuduga, tempon menguu bermula, Dalam kes Jiha tempoh menunggu 6 bulan.
4. Panggilan telefon dan surat dari JKM
5. Korang boleh melawat atau mengambil terus anak tersebut, Dalam Kes Jiha, Jiha terus ambil sebab ALLAH dah bagi peluang.
6. Pelhara dalam tempoh 2 tahun sebelum kemukakan permohonan untuk mengambil anak pelihara kepada anak angkat.
Tips!!!
1. Jangan malu-malu menceritakan masalah anda dan mengapa anda berkehendakkan zuriat.
2. Kenali kawasan rumah anada, ukuran dan berapa bilik untuk kemudahan pihak JKM membuat tinjauan.
3. Bukan anda seorang yang menghadapi situasi ini ramai yang menghadapinya.
4. Sediakan wnag secukupnya untuk membeli peralatan yang bersesuaian untuk anak anda.
5. JANGAN TERLALU MEMILIH!!!
5. JANGAN TERLALU MEMILIH!!!
Ok...
Sekian...
6.34 Petang
Bilik Siaran Johorfm
Aku, Dia dan Mika...






