Sunday, 10 November 2013

Bengkel Kursus Web "JOHORfm"

Assalamualaikum....

Wewitttttt... berjumpa kita kembali.. hehehehheh... hari ni dan esok jiha ada kursus penamahbaikkan laman web JOHORfm... wewitttttt.... 

Apapun jomkita tgk-tgk ada apa dalam kursus ini eh.... gambar lelama deejay johorfm... 

 Ini yang dulu... dari kiri Nurul, Leen,Suzy, Jun, Ain...
Kini... Dari kiri... Yat, Ain, Hisham,Jun,Malik,MEEE, Saufi,Ogy,Azizi,Suzy,Nurul....

Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Thursday, 31 October 2013

HANYA DIRADIO...

Assalamualaikum...

Di sini bermula ku berkonti semula...
Di ruang udara...

wewitttttttt....

Alhamdulillah kini aku menjadi seorang deejay kembali... yeeehaaaaaaaa.... bertugas di Johorfm, RTM JOHOR...

......................................

Thursday, 3 October 2013

NEW CHAPTER...

Assalamualaikum...

Hari ini hari ke empat aku disini... yang di tempat baru  ku...

Meh jiha nak kongsi gambo tempat baru yang tak berapa nak baru... hehehehehe




Inilah meja baru... hehehehhe tapi tak sempat nak kemas lagi...

Masih berfikir-fikir apakah benda yang perlu untuk mencantikkan lagi meja aku...

hehehehehhe...

Semoga hidup baru aku akan diberkati ILLAHI...

Amin ...

...........................................

JOM KURSUS...

Assalamualaikum....

Yeeeehaaaaaa..... Kom kita gi Kursus...

Bermula esok hingga 11 Oktober secara automatiknya saya akan berkursus di Tanjung Balau dan Angkasapuri...

2 Kursus jalan serentak... YA ALLAH KAU permudahkanlah segalanya.... iaitu;

  • Kursus Fail Meja
  • Kursus Ulasan Langsung Sukan ( ni yang cuak sebab pertama kali...)


AMIN..

....................................................................

Monday, 30 September 2013

NAFAS BARU

Assalamualaikum...

Hari ini tibalah hari yang ditunggu 1 Oktober 2013, Alhamdulillah sempurna segala perancangan ALLAH... walaupun segalanya ku lalui dengan penuh cabaran aku gembira kerana aku dapat lalu dengan tabah...

Syukur Alhamdulillah...

Semoga suasana baru ini akan mendapat keberkatan dari ILLAHI...

Selamat tinggal kawan-kawan di Bilik Berita RTM Johor.. akan ku terus melangkah mengejar cita-cita ku sebagai seorang juruhebah...

cewahhh...

semoga segalanya akan berjalan mengikut ketetapan dan perancangan dari yang maha ESA...


AMIN.

................................................

Sunday, 1 September 2013

GUNDAH GULANA...

Assalamualaikum...

Rasanya lama aku tak post dalam blog ni... maklumlah sibuk memanjang... sebenarnya takdelah sibuk mana cuma aku yang malas nak post... apa pun aku terus bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi tuhan ini...

1.10.13 adalah tarikh keramat bagi diri aku... ntah kenapa aku merasakan ianya sangat penting buat diriku... aku berharap agar semuanya berjalan dengan lancar... malas dah aku nk pikir tentang keadaan sekeliling... 

Aku kasihan dengan kawan-kawan yang terpaksa berkorban untuk aku... lebih baik aku mengundur diri daripada aku terus menerus menyusahkan mereka.... hahahahahahaha.... apa kau merepek ni jiha... aduhai....

Jadi 1.10 adalah tarikh keramat... tarikh penentu segalanya... semoga dipermudahkan dalam menempuhi hari tersebut... Ya ALLAH ... KAUlah penentu segalanya... aku berserah padamu...

Satu anjakan paradigma akan aku lakukan pada tarikh itu... perubahan yang bakal merubah hidup aku keseluruhan....

Moga diberikan semangat dan kekuatan dalam menempuhinya....

Amin....

..........................................................

Wednesday, 31 July 2013

"SEMINGGU NAK RAYA"

Assalamualaikum....

Fuhhh....
Lebih kurang seminggu lagi nak raya...

Apa kata hari ini kita buat ceklist untuk raya nak tak???

1. Servis Kereta
2. Sedia Duit Raya
3. Sedia Kuih Raya nak balik kampung.
4. Basuh semua sarung kusyen dan tukar langsir baru...
5. Blala.... bla.. bla...

Sebenarnya jiha tak tau dah nak buat apa untuk raya ni... nak kata excited tak nak kata tak excited pun ye... ermm... tahun ni beraya umah mak mentua.. Katanya tahun ni nak pergi beraya di belah pahang... mohla kita pergi beraya beramai ramai...

sekiannnn....

.................................................

Tuesday, 16 July 2013

DURIAN DATANG LAGI...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Durian luruh dah... weeeeeeeeeeeee....

Inilah rupa duriannye....



SEDAPPP...

Durian Kampung tau....

Tahun lepas..bila durian tu gugur kami kumpul pastu kami bagi orang makan, sebab tu bukan pokok kami oarang yang dulu tanam... 

Alhamdulillah murah rezeki orang yang tanam tu sampai sekarang kami merasa nikmatnya... jadi kami bagi kepada semua orang siap bawak balik kampung lagi... orang kampung yang datang pun boleh je panjat bukit amik...

Mudah-mudahan tuan pokak yang tanam dulu.. halalkan segalanya...

AMIN

....................................................................................

TERIMA KASIH SUAMI KU...

Assalamualaikum...

Semalam merupakan hari yang cukup mencabar bagi diriku... 

1. Sepanjang hari aku sibuk menyiapkan tugasan kerja... 
2. Mengajar budak praktikal 2 orang...
3. Balik kerja jem teruk... Bermula Kedai Asam Pedas Tasik sampai Tun Aminah, bayangkan jiha gerak pukul 5.40 sampai rumah 7.40... huhuuhuu dah buka dah...

Alhamdulillah...

Bila balik je.....



Nilah juadah yang suami jiha siapkan semalam... alhamdulillah.. seharian diuji ALLAH.. bila balik gembira sangat rasa... hilang segala duka dan lara...

Semoga rumahtangga kami kekal hingga ke syurga...

AMIN

.........................................................................................................

Wednesday, 10 July 2013

ZIKIR HARIAN....

Assalamualaikum....

harini aku nak kongsikan amalan Zikir Harian....

Moga menjadi amalan bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi kekal berpanjangan hingga akhir nyawaku...


Hari Jumaat:

- Ya Allah ( 1000 X ) 

Hari Sabtu: 

-La ilaha illallah ( 1000 X )


Hari Ahad: 
-Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) 

Hari Isnin: 
-La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) 

Hari Selasa: 
-Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) 

Hari Rabu:
- Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) 

Hari Khamis:
- Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X ) 



Sama-sama kita amalkan...



AMINNNN...

................................................................................................

AZAM....

Assalamualaikum...

HARI INI...

Ketika jiha membawa kereta, fikiran jiha menerawang memikirkan tentang sikap diriku ini, yang kejam n tak adil pada diriku sendir... Terkenang kembali...

HARI SEMALAM, KELMARIN, DULU...

Ketika diri ini asyik membuat kekhilafan.. ketika diri ini leka dibuai keindahan dunia... ketika diri ini lupa akan hari pembalasan...

YA ALLAH...

Bantulah aku mengubah diriku ini.... banyaknya dosa yang telah aku lakukan... bantulah aku ya ALLAH...
aku mohon...

Aku berazam untuk memperbaiki kelemahan diri... di bulan ramadhan ini aku memohon rahmatMU... bantulah aku....

AMINNN

.................................................................................

Sunday, 7 July 2013

ILMU RUMAHTANGGA BAB 1...

Hari ni Jiha nak kongsi cerita, tentang pengalaman yang jiha dapat di pagi hari...

BEGINI...

Seorang lelaki menasihati Jiha agar menjaga rumahtangga sehingga usia tua nanti, katanya keinginan lelaki adalah penting untuk dituntuti dan harus dipenuhi... Dia memberikan alasan kepadaku kenapa dia mempunyai perempuan simpanan sedangkan usia rumahtangga dia telah dibina lebih 30 tahun... bayangkan... lelaki itu pun dah berusia 60 tahun, katanya akibat penangan Akademi Fantasia lalu, zaman "MAWI POPULAR" dulu dan terlalu memberi tumpuan kepada anak-anak dia terabai... akibatnya dia mempunyai seorang perempuan simpanan.... 

NATIJAHNYA

Jiha harus muhasabah diri atas cerita tersebut, bimbang ini akan berlaku pada hubungan jiha dan suami pulak nanti, risau takut tak dapat nak tunai tanggungjawab di saat usia tua nanti, bimbang suami jiha melakukan perkara yang sama juga... 

AKHIR CERITA

Jiha hanya mampu berkata kepada lelaki tersebut supaya mendirikan rumahtangga dengan perempuan simpanannya ataupun berpisah, atau berterus terang dengan isterinya sendiri... Nak cakap banyak pun jiha masih muda usia perkahwinan pun baru nak masuk 2 tahun...

WASSALAM...

............................................................................................

Friday, 5 July 2013

NAK PUASA...

Huh tak lama lagi nak puasa dah... stok makanan banyak lagi atas meja ku ini.... Sekaranglah masa untuk aku menimbang segala-galanya....

Cek List Nak Puasa

1. Sediakan stok makanan seminggu untuk masak sahur.
2. Basuh Telekung
3. Pastikan barang didapur mencukupi.
4. ......????

Yang Pastinya tak sabar nak sambut ramadhan....

Teringat lagu raihan n man bai... lalalalalallalalalallala

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
......................................................................................



CITA-CITA KU...

Aku suka meniaga, mungkin sedari kecil aku dah terdedah dengan dunia perniagaan, betapa gembiranya melihat ibuku meniaga kuih raya, mak tik meniaga warong dan achik menaga katering... seronoknye tolong diaorang... 

Tapi aku masih disini, bekerja makan gaji... bila tiba hujung bulan jer tunggu gaji.... gaji masuk tak dan 2 jam dah habis... bayar bill... itulah lumrah kehidupan... hehehhe tulah aku hidup nak bergaya tapi duit takde... Nasib baik ada suami yang membantu... alhamdulillah...

Apapun pagi tadi sepanjang perbualan aku dan ibu tersayang, aku membuat keputusan untuk bekerja sehingga aku dapat modal yang cukup untuk aku berniaga sendiri.. yezzzaaaa....

Mudah-Mudahan semuanya dipermudahkan ALLAH...

AMINNN.....

Thursday, 4 July 2013

BILA AKU MULA BERANGAN

BERMULALAH....

Aku berangan nak ada anak ramai...
Aku berangan yang aku tidak perlu bekerja dan menjaga anak sepenuh masa...
Aku mengurus rumahtangga setiap hari dengan sempurna...
Aku memasak untuk suamiku...
Aku memenuhi tuntutan agama...
Aku menjaga ibu, ayah, mak , abah...

TAPI....

Sehingga kini AKU masih belum ada anak... (belum rezeki)
Sehingga kni AKU masih bekerja... (Comitment banyak)
Sehingga kini AKU masih gagal mengurus rumahtangga dengan baik...(selalu bertentanga)
Sehingga kini AKU masih gagal memnuhi tuntutan agama... (aku alpa)
Sehingga kini AKU masih gagal menjaga ibu, ayah, mak , abah dengan baik...(HUH)

dari ANGAN menjadi NYATA....



MOGA DIPERMUDAHKAN...

MOGA DIPERMUDAHKAN...

Alhamdulillah... selesai semuanya kni hanya menunggu untuk kelulusan dan menunggu barang sampai selepas itu hantar kereta masuk bengkel, selepas itu barulah siap keretaku.... yang penting semoga semuanya dipermudah dan dipercepatkan... mudah mudah... amin... 

TAPI !!!

Tulah orang tua-tua selalu kata " hendak seribu daya tak nak seribu dalih" huh... macam-macam dugaan yang terpaksa aku lalui untuk menyelesaikan masalah keretaku... 

TERIMA KASIH...

Buat suami ku sayang yang memberi sokongan dengan menghantar aku ke tempat kerja hari ini... hahahahhaha...
Buat en Maskur, manager proton kulai yang mempermudahkan segalanya...
Buat Jamal dan Rozita yang menyelesaikan dokumentasi yang perlu...
Buat Pojie yang tolong aku malam semalam...

......................................................................

TRAGEDI DI PAGI 4 JULAI



SEDIHHHH...

Kejadian yang aku sangat-sangat tidak mahu terjadi... YA ALLAH kenapa KAU duga aku sehingga begini rupa.... Aku masih di pejabat nak pulang rumah, alamak takutnya dengan suamiku... mesti dia marah aku, confirm punyelah... macam mana ni??? YA ALLAH, KAU bantulah aku... sesungguhnya KAU lagi maha mengetahui lebih dari segala-galanya.... Nak tau macam mana boleh terjadi???

Begini....

Entah kenapa aku hari ini aku malas sangat nak pergi kerja, bangun pun lambat, tergegas gegas ke tempat kerja, tapi itu bukan penyebabnya, silap aku sebab aku berangan.... aduhhhhhhh haaaiiii... di hadapan ANGSANA aku terlihat sebuah kereta saga flx berwarna ungu parkir di tepi jalan, khusyuk aku melihat, sedar-sedar bila aku toleh depan.... BUMPPPPPPP.... dah langgar... kereta proton wira sedan berwarna biru muda... lantas aku memberikan signal untuk berhenti... seorang perempuan cina keluar, dia terus melihat bumpernya tiada apa apa... aku keluar tgk bumper keretaku.... mak aihhhhhh..... melayanglah duit bulan ini... alhamdulillah perempuan tersebut tersangatlah baik dan berbudi pekerti... kami bertukar num telefon dan dia beredar terus aku beredar ke tempat kerja juga.... 

Begitulah ceritanya....

Natijahnya....

Jangan Berangan okeyyyyy.....

KERETA LAMAKU.......



Inginku ulang kembali cerita ini... membuatkan aku menjadi serba salah dan sedihhhh...
Tanggal 30 Mei 2013, aku mengucapkan selamat tinggal kepada kereta yang bersama ku sejak tahun 2008, banyak pengalaman ketika aku bersama kereta kesayanganku itu, namun ku terpaksa melepaskannya pergi kerana aku harus maju dan meningkatkan keadaan hudipku... tambahan kereta kesayanganku itu asyik rosak dan banyak kos yang telah aku keluarkan untuk pembaikkannya....

Aku terpaksa melepaskannya dengan linangan air mata, aku redha tapi aku terpaksa.... moga kereta kesayangan ku itu gembira bersama tuan baru yang menjaga dia lebih baik dari diriku ini....

amin....

BARU MENAPAK...

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya aku ingin berkongsi cerita menerusi blog, pengalaman yang aku lalui , tempuhi setiap hari yang terus berjalan... (hahahahhaha)

Kehidupan aku tersangatlah complicated, mempunyai suami dan pekerjaan, ibu dan ayah masih hidup... Complicated sangat ker??? , itu yang akan aku kongsikan....

Aku sekadar ingin berkongsi sahaja.. kalau ada yang membaca , terima kasih....

Sehingga ketemu lagi di lain waktu...

Wassalam....